Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Selasa, 9 Mac 2010

Ceramah/Rawatan Gigi & Pemeriksaan Kesihatan










Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian Untuk Semua Murid SK Kampung Baru telah bermula pada 2 Mac 2010 dan masih lagi diteruskan sehingga akhir bulan Mac 2010. Terima kasih diucapkan kepada jururawat-jururawat pergigian daripada Pejabat Pergigian Seberang Perai Tengah. Manakala pada 9 Mac, pemeriksaan kesihatan telah diadakan oleh Klinik Kesihatan Bukit Mertajam terhadap semua murid bermula daripada Tahun 6 sehinggalah murid prasekolah. Ribuan terima kasih diucapkan.

Selasa, 2 Mac 2010

Minggu Budi Bahasa Peringkat Sekolah 2010

















Majlis perasmian Minggu Budi Bahasa Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Kampung Baru pada 1 Mac 2010 ( Isnin ) kelmarin. Minggu Budi Bahasa ini dianjurkan oleh Jawatankuasa HEM di bawah unit Pendidikan Moral dan Agama Islam. Sepanjang Minggu Budi Bahasa ini, semua murid dikehendaki memakai cogankata bertemakan budi bahasa dan tabiat positif yang murid-murid dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian misalnya Senyum Selalu, Ucapan Terima Kasih, Loceng Berbunyi Cepat Berbaris dan lain-lain.

Sabtu, 20 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 Sesi 2010/2011







Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 telah diadakan pada 20 Februari 2010 (Sabtu) , pukul 4.00 petang bertempat di Kantin SK Kampung Baru. Mesyuarat ini dihadiri kira-kira 42 orang ibubapa termasuk 21 orang guru. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Aizudin ( pegawai atasan unit kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Tengah ). Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian beliau untuk hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-33 ini.