Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Sabtu, 14 April 2012

BERPISAH JUA KITA AKHIRNYA........



Berkuatkuasa 16 April 2012,En.Muhammad Rifaei Bin Fadzil secara rasminya akan bertugas di PKG Simpang Ampat,Perlis.Setelah hampir 9 tahun bertugas di SKKB,En.Rifaei telah begitu banyak memberi sumbangan terutamanya di dalam sukan sofbol.

Setiap yang datang,pasti akan pergi....itulah ungkapan yang mampu warga SKKB ucapkan buat En.Rifaei.Selain itu,diucapkan juga selamat bertugas kepada rakan lain yang juga berpindah ke sekolah lain.Mereka adalah :

1. En.Roslan ( PK KOKO ) - SK Macang Bubok II
2. En.Idris - SK Permatang Tok Kandu
3. Pn. Norasiah - SK Convent BM
4. Pn.Rohana - SK Permai Indah
5. Pn.Roshida - SK Seberang Jaya
6. Pn.Kovilageetha

JASAMU SENTISA DIKENANG

PENGHARGAAN BUAT MANTAN GURU BESAR SKKB




Sempena penerimaan Anugerah Tawaran Baru 2011,Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah meraikan warganya dengan mengadakan jamuan kesyukuran pada hari Sabtu 14 April 2012.Tidak lupa juga penghargaan diberikan kepada mantan Guru Besar SKKB Pn. Mahani Binti Abd.Rahim yang turut sama bekerja keras dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Guru Besar Tn.Hj. Abd.Aziz Bin Hasan dengan berbesar hati sudi menyampaikan penghargaan tersebut kepadan mantan Guru Besar SKKB.Sekalung budi dan terima kasih kami seluruh warga SKKB ucapkan....

PENGANUGERAHAN TAWARAN BARU 2011



Tahniah diucapkan kepada warga SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU kerana telah mendapat Tawaran Baru 2011 berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun 2011.