Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Rabu, 20 Julai 2011

JAWATANKUASA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2010

Barisan Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011







Sabtu,16 Julai 2011 : Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 ( HAKA ) telah berlansung dengan jayanya.Malis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn.Hj.Abd.Rahman Bin Hashim,Penolong Pengarah Unit Penilaian & Peperiksaan PPD Seberang Perai Tengah.Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PIBG SKKB sesi 2010-2011 iaitu EN.K.Ravinthran.Antara anugerah-anugerah yang disampaikan ialah :

1. Anugerah murid cemerlang UPSR 2010
2. Anugerah murid cemerlang dalam akademik Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 .

Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah pada majlis tersebut.

Jumaat, 15 Julai 2011

Ibu bapa kepada murid-murid yang menerima anugerah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Kemuncak acara : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Perasmian Oleh : Tn.Hj.Abd.Rahman Bin Hashim
Penolong Pengarah Unit Penilaian & Peperiksaan PPD SPT

Jumaat, 1 Julai 2011




Larian 1 Murid 1 Sukan akan dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011 iaitu pada hari Sabtu ini.Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai larian ini.Sehubungan itu,pihak sekolah telah merancang beberapa aktiviti untuk memeriahkan lagi larian 1 Murid 1 Sukan pada hari tersebut.Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

1. Larian 1 Murid 1 Sukan = 7.25 pagi - 8.30 pagi
2. Acara Sukaneka = 8.30pagi - 10.30 pagi
3. Perjumpaan Akademik = 10.30pagi - 12.30tgh hari

Oleh itu,pihak sekolah berharap agar ibu bapa akan dapat turut sama hadir untuk memeraihkan lagi larian 1 Murid 1 Sukan ini seterusnya dapat bertemu dengan guru kelas anak masing-masing pada hari tersebut.

Nota : Kehadiran Guru dan Murid adalah wajib.