Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Rabu, 31 Mac 2010

BengkeL Matematik I






Satu bengkel subjek Matematik telah diadakan sebagai persediaan murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Bengkel ini bertujuan mengkaji dan mengatasi kelemahan-kelemahan murid di dalam topik-topik yang mereka kurang dan belum dapat menguasainya.

Selasa, 30 Mac 2010

Bengkel Sains I












Satu bengkel Sains yang melibatkan murid-murid Tahun 6 telah diadakan di kelas 6C yang dikendalikan oleh guru-guru kelas tambahan Sains. Bengkel Sains I ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam menjawab soalan-soalan UPSR subjek Sains.

Karnival Koakademik Kelompok R17




Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan pidato Bahasa Malaysia yang diwakili oleh adik Veshmen. SK Kampung Baru juga telah memenangi tempat ketiga di dalam acara public speaking yang diwakili oleh adik Thiiban Raj. Kedua-dua acara ini diadakan di SK Machang Bubok 2 pada hari Isnin (29 Mac 2010) baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada adik Veshmen dan adik Thiiban Raj kerana berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan mereka dapat memberikan motivasi kepada murid-murid lain untuk bersama-sama menaikkan nama sekolah di masa-masa akan datang.

CaButan BerTuaH KehadiRan SuKan



Puan Mahani telah bermurah hati menaja 2 hadiah cabutan bertuah untuk murid-murid yang hadir ke Sukan Tahunan SK Kampung Baru Kali ke 37. Cabutan bertuah ini bertujuan menggalakkan kehadiran murid SK Kpg Baru ke program yang dianjurkan sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar SK Kpg Baru!
Cabutan pertama dimenangi oleh adik Preetika yang berupa sebuah toaster manakala cabutan kedua dimenangi oleh adik Arasann iaitu hadiah berupa sebuah coffee maker.

Rabu, 24 Mac 2010

RapTai SuKan II ( 24 Mac 2010 )

Raptai penuh kedua telah diadakan pada 24 Mac 2010. Pada hari tersebut telah diadakan Lompat Jauh Akhir ( 4,5,6 L/P), Lompat Peluru (4,5,6 L/P) dan acara sensasi iaitu Tarik Tali! Rumah Kuning menang tempat pertama dalam acara Tarik Tali tersebut. Tahniah diucapkan kkepada Rumah Kuning! :) Gambar-gambar Raptai Ke2 akan menyusul kemudian, ok?! :)

Selasa, 23 Mac 2010

RapTai SuKan I ( 23 Mac 2010 )





























































Raptai Sukan kali pertama telah diadakan pada 23 Mac 2010(Selasa). Acara raptai bermula lebih kurang pada pukul 8.50 pagi disebabkan hujan. Baru satu round perbarisan berlangsung, terpaksa ditangguhkan lagi lagi dek disebabkan hujan turun semula. Kemudian lebih kurang pada pukul 10.30 selepas waktu rehat, acara perbarisan dan raptai acara rumah sukan diteruskan. Raptai berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua guru dan murid. Chayo!