Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Rabu, 20 Julai 2011

JAWATANKUASA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2010

Barisan Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011







Sabtu,16 Julai 2011 : Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 ( HAKA ) telah berlansung dengan jayanya.Malis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn.Hj.Abd.Rahman Bin Hashim,Penolong Pengarah Unit Penilaian & Peperiksaan PPD Seberang Perai Tengah.Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PIBG SKKB sesi 2010-2011 iaitu EN.K.Ravinthran.Antara anugerah-anugerah yang disampaikan ialah :

1. Anugerah murid cemerlang UPSR 2010
2. Anugerah murid cemerlang dalam akademik Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 .

Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah pada majlis tersebut.

Jumaat, 15 Julai 2011

Ibu bapa kepada murid-murid yang menerima anugerah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Kemuncak acara : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Perasmian Oleh : Tn.Hj.Abd.Rahman Bin Hashim
Penolong Pengarah Unit Penilaian & Peperiksaan PPD SPT

Jumaat, 1 Julai 2011




Larian 1 Murid 1 Sukan akan dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011 iaitu pada hari Sabtu ini.Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai larian ini.Sehubungan itu,pihak sekolah telah merancang beberapa aktiviti untuk memeriahkan lagi larian 1 Murid 1 Sukan pada hari tersebut.Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

1. Larian 1 Murid 1 Sukan = 7.25 pagi - 8.30 pagi
2. Acara Sukaneka = 8.30pagi - 10.30 pagi
3. Perjumpaan Akademik = 10.30pagi - 12.30tgh hari

Oleh itu,pihak sekolah berharap agar ibu bapa akan dapat turut sama hadir untuk memeraihkan lagi larian 1 Murid 1 Sukan ini seterusnya dapat bertemu dengan guru kelas anak masing-masing pada hari tersebut.

Nota : Kehadiran Guru dan Murid adalah wajib.

Isnin, 27 Jun 2011

LATIHAN KEBAKARAN SKKB 2011









Baru - baru ini,Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah menjalankan latihan kebakaran sebagai persediaan awal bagi menghadapi situasi yang sebenar apabila berlaku kebakaran yang sekolah.Di dalam latihan ini,guru-guru serta murid diberi pendedahan mengenai langkah awal yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.

Antara langkah yang harus di ambil ialah :

1. Memberi perhatian terhadap bunyi loceng yang panjang.
2. Bersedia untuk bergerak ke tempat yang lapang mengikut laluan yang selamat.
3. Memastikan tidak ada murid yang masih berada di dalam kelas.
4. Memeriksa bilangan murid menggunakan buku kehadiran.
5. Melihat dan mempelajari cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api.

Jumaat, 27 Mei 2011

IKRAR GURU-GURU SKKB

SAMBUTAN HARI GURU






Pada 27 Mei 2011,SEK.KEB.Kg.Baru telah meraikan guru-guru dengan mengadakan sambutan hari guru.. Sepanjang sambutan tersebut dijalankan,guru-guru berpeluang menyertai beberapa aktiviti yang telah dirancang.

Antara aktiviti yang telah dijalankan :

1. Bacaan Ikrar oleh Guru
2. Nyanyian Lagu Guru Malaysia
3. Permainan & Sukaneka
a) Kerusi beracun
b) Permainan membaling tin dengan bola
c) Tarik tali

Coretan aktiviti yang dijalankan
.






Walaupun sambutan hari guru dijalankan secara sederhana persiapannya,namun semua aktiviti yang telah dijalankan begitu meriah sekali.......................SELAMAT HARI GURU buat semua guru di SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU...

Jumaat, 20 Mei 2011

Perutusan Sambutan Hari Guru


Guru - guru sabar menanti imbuhan yang bakal diumumkan oleh Tuan Guru Besar..............


Menghayati perutusan yang sedang dibacakan


Perbincangan mengenai azam baru sebagai seorang pendidik sempena Hari Guru


Perutusan dibacakan kepada warga SKKB oleh Tuan Guru Besar.


Murid-murid yang turut mendengar bacaan perutusan oleh Tuan Guru Besar.




SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU
DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

Rabu, 27 April 2011

Senamrobik Berirama

Rakaman aktiviti senamrobik berirama........................




KEJOHANAN MERENTAS DESA SKKB KALI KE-10





Pada 23 April 2011,warga Sekolah Kebangsaan Kg.Baru telah berpeluang menyertai Kejohanan Merentas Desa Kali ke-10 peringkat sekolah.Kejohanan tersebut terbuka kepada semua kategori bermula dari Pra-Sekolah sehingga tahun 6.
Sebelum murid-murid memulakan larian,murid-murid telah dihangatkan dengan aktiviti Senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Rifaei dibantu oleh semua guru.Syabas diucapkan kepada semua guru yang telah memberi kerjasama sepanjang kejohanan dijalankan.

Selasa, 26 April 2011

PASUKAN SOFTBALL SEK.KEB.KG.BARU

Tahniah diucapkan kepada pasukan softball SKKB kerana telah mendapat NAIB JOHAN peringkat negeri Pulau Pinang bagi kategori bawah 12 tahun

Penasihat : Tn.Hj.Abd.Aziz bin Hasan
Pengurus pasukan : En.Roslan bin Abu Hassan
Ketua Jurulatih : En.Mohd Rifaei bin Fadzil
Pen.Jurulatih 1 : En.Ahmad Borhan bin Kasim
Pen.Jurulatih 2 : Pn.Sari Nurulrita

Jumaat, 15 April 2011

BULAN PANITIA BAHASA MELAYU

CORETAN AKTIVITI BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 2011






Jajarkan ke Tengah








TARIKH : 10 MAC 2011


TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN KG.BARU


DIRASMIKAN OLEH : GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KG.BARU

( EN.ABD.AZIZ BIN HASAN )