Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Rabu, 19 Januari 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali KE-34



Setalah berakhirnya sesi 2009/2010,barisan jawatankuasa PIBG sekali lagi akan dibubarkan untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012.Harapan pihak sekolah ialah agar mesyuarat kali ini akan mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang boleh terus bekerjasama dengan pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lalu.Pihak sekolah turut menyeru agar PIBG akan terus menjadi tonggak serta tulang belakang dalam membantu pengurusan sekolah serta guru untuk mendidik anak-anak ke arah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.

Diharap semua waris kepada anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg.Baru akan dapat hadir sebagai melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina,sekolah akan cuti bermula 31.1.2011 (Isnin) hingga 4.2.2011( Jumaat).Oleh kerana sekolah mula bercuti awal sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada tarikh 3.2.2011 ( Khamis ),guru serta murid-murid perlu mengantikan cuti tersebut dengan hadir ke sekolah ganti pada 22 Januari 2011( Sabtu) dan 19 Febuari 2011( Sabtu) nanti. Kehadiran adalah wajib..................................Sekian,dimaklumkan.

Selasa, 18 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah / Pusat Sumber / Ketua Darjah & Pen.Ketua Darjah sesi 2011






























Pada 17 Januari 2011,Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Kg.Baru telah menyempurnakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Ketua Darjah & Penolong Ketua Darjah bagi tahun 2011.Majlis telah berlansung di perkarangan tapak perhimpunan dan dijalankan semasa perhimpunan mingguan.Majlis telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg.Baru iaitu Pn.Mahani Bt Abdul Rahim dengan menyampaikan sijil-sijil perakuan perlantikan kepada murid-murid yang telah dipilih.

Seperti tahun-tahun yang lepas,pemilihan dibuat berdasarkan aspek disiplin serta keperibadian murid yang berhemah sepanjang berada di sekolah.Majlis juga turut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Guru Disiplin SKKB iaitu En.Ahmad Borhan bin Kassim dengan dibantu oleh Pn.Manjeet a/p Karpal Singh.

Jumaat, 7 Januari 2011

CORETAN AKTIVITI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011


Sesi persekolahan tahun 2011 telah bermula seperti biasa.Murid-murid tampak begitu ceria dan bersemangat mengikuti sesi pembelajaran setelah bercuti panjang.Pada hari pertama persekolahan,pelbagai aktiviti dapat dijalankan serentak bersama semua murid seperti Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa Rumah Sukan 2011 dan aktiviti Pendidikan Jasmani bersama En.Rifaei bin Fadzil.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran turut dijalankan seperti biasa bagi guru-guru yang tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Turut tidak ketinggalan juga ialah pelbagai gelagat yang dapat dilihat dari murid-murid tahun 1 yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan.



Orientasi Tahun 1 sesi 2011











Pada 02.01.2011,Sekolah Kebangsaan Kg.Baru telah menjalankan Majlis Orientasi bagi murid Tahun 1 sesi 2011.Majlis dijalankan di perkarangan kantin sekolah dan segala aturcara majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sepanjang majlis dijalankan,ibu bapa kepada murid tahun 1 telah diingatkan agar sentiasa memastikan kehadiran anak-anak tidak terjejas seperti yang telah berlaku pada tahun-tahun lepas.

Guru Besar Puan Mahani Bt. Abdul Rahim begitu menaruh harapan agar murid-murid tahun 1 pada tahun ini akan mempamerkan prestasi mutu pembelajaran yang jauh lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.Turut sama memberi ucapan ialah Guru Penolong Kanan Akademik,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Guru Penolong Kanan Kokurikulum.