Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Rabu, 4 Julai 2012

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN SUKAN SKKB 2012

Olahragawan : Pogendran a/l Mathu


Olahragawati : Fatin Ain Sabrina Binti Fauzan
 

Johan Acara Perbarisan : Rumah Hijau

 
PUNGUTAN MATA



Naib Johan Rumah Sukan : Rumah Biru




Johan Rumah Sukan : Rumah Kuning









SUKAN TAHUNAN SKKB

Sabtu - 16 Jun 2012

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sekali lagi menganjurkan sukan tahunan sekolah.Kali ini buat sekian lamanya yang diadakan di Stadium MPSP,sukan tahunan SKKB telah berjaya diadakan di Padang Sekolah SK Kampung Baru..Sambutan di kalangan ibubapa yang hadir adalah begitu menggalakkan.

Tahniah diucapkan kepada murid yang telah memenangi acara-acara yang telah dipertandingkan pada temasya sukan tersebut.Tidak lupa juga,sekalung budi pada semua guru-guru yang telah memberi komitmen yang penuh dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini............









 





Sabtu, 14 April 2012

BERPISAH JUA KITA AKHIRNYA........



Berkuatkuasa 16 April 2012,En.Muhammad Rifaei Bin Fadzil secara rasminya akan bertugas di PKG Simpang Ampat,Perlis.Setelah hampir 9 tahun bertugas di SKKB,En.Rifaei telah begitu banyak memberi sumbangan terutamanya di dalam sukan sofbol.

Setiap yang datang,pasti akan pergi....itulah ungkapan yang mampu warga SKKB ucapkan buat En.Rifaei.Selain itu,diucapkan juga selamat bertugas kepada rakan lain yang juga berpindah ke sekolah lain.Mereka adalah :

1. En.Roslan ( PK KOKO ) - SK Macang Bubok II
2. En.Idris - SK Permatang Tok Kandu
3. Pn. Norasiah - SK Convent BM
4. Pn.Rohana - SK Permai Indah
5. Pn.Roshida - SK Seberang Jaya
6. Pn.Kovilageetha

JASAMU SENTISA DIKENANG

PENGHARGAAN BUAT MANTAN GURU BESAR SKKB




Sempena penerimaan Anugerah Tawaran Baru 2011,Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah meraikan warganya dengan mengadakan jamuan kesyukuran pada hari Sabtu 14 April 2012.Tidak lupa juga penghargaan diberikan kepada mantan Guru Besar SKKB Pn. Mahani Binti Abd.Rahim yang turut sama bekerja keras dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Guru Besar Tn.Hj. Abd.Aziz Bin Hasan dengan berbesar hati sudi menyampaikan penghargaan tersebut kepadan mantan Guru Besar SKKB.Sekalung budi dan terima kasih kami seluruh warga SKKB ucapkan....

PENGANUGERAHAN TAWARAN BARU 2011



Tahniah diucapkan kepada warga SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU kerana telah mendapat Tawaran Baru 2011 berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tahun 2011.

Khamis, 29 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

Baru - baru telah berlansung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 yang bertempat di kantin Sekolah Kebangsaan Kampung Baru.Sepanjang mesyuarat dijalankan,ibu bapa serta guru telah melantik beberapa muka baru bagi menggantikan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2011 / 2012.

Diantara nama-nama yang telah dipilih bagi Jawatankuasa PIBG untuk sesi 2012 /2013 ialah :

Penasihat :Tn.Hj.Abd.Aziz Bin Hasan
YDP : En.K.Ravintheran
NYDP : En.Shankar a/l Poobalagam
Setiausaha : En.Abu Hassan Bin Samdin
N.Setiausaha : Pn.Punitha a/p Vadeveloo
Bendahari : Pn.Sari Nurulrita Bt.Md.Daud

AJK :

En.K. Murusamy ( ibubapa )

En.K. Kalyana ( ibubapa )
Pn.Zarina Bt. Daud ( ibubapa )
Pn.Sasikala ( ibubapa )
Pn.Punitha ( ibubapa )
En.Ahmad Borhan Bin Kassim ( guru )
En.Zulhilmi Bin Zainun ( guru )
Pn.Manjeet Kaur a/p Karpal Singh ( guru )
Pn.Shafiza Binti Idrus ( guru )
Pn.Aslinda Binti Malik ( guru )

Juruaudit Dalaman :
En.Mohd Kassim B. Kordi

En. Adnan

Tahniah diucapkan kepada wakil ibubapa dan guru yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2012 / 2013.Semoga tampuk kepimpinan pada kali ini akan terus bergabung tenaga dalam usaha meningkatkan kualiti dan kecemerlangan sekolah.

BERAT SAMA DIPIKUL........... RINGAN SAMA DIJINJING..........

Rabu, 28 Mac 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEK. KEB. KG. BARU









Pada 9 Mac 2012 Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa.Penyertaan terbuka kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Hadiah yang disediakan untuk kejohanan ini adalah dari tempat pertama hingga tempat keempat.Pada kejohanan tersebut juga,guru besar telah berbesar hati untuk merasmikan kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang..Bagi yang tidak menang,diharap cuba lagi pada tahun hadapan.....SKTC BOLEH!!!!!!!


















Rabu, 1 Februari 2012

Tawaran Baru ( New Deals 2012 )

Tahniah diucapkan kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru kerana telah dicalonkan sekolah yang menerima Tawaran Baru ( new deals 2012 ) berdasarkan lonjakan prestasi yang cemerlang pada tahun 2011.

Kejayaan ini adalah merupakan hasil kerja keras warga SK Kampung Baru yang tidak mengenal erti penat lelah demi merealisasikan impian generasi akan datang.

Kualiti Pendidikan,Teras Pembangunan