Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Jumaat, 31 Disember 2010

Hari Orientasi Prasekolah SK Kampung Baru 2011













31 Disember 2010 ( Jumaat ) merupakan Hari Orientasi Prasekolah bagi sesi persekolahan 2011. Hari Orientasi ini dihadiri oleh 7 orang ibubapa disebabkan bilangan murid yang sedikit. Jumlah murid yang akan bersekolah di prasekolah adalah seramai 8 orang pada tahun hadapan 2011. Pendaftaran masih dibuka untuk sesi persekolahan 2011. Sila dapatkan borang di pejabat sekolah jika berminat.

Isnin, 15 November 2010

Penyampaian Hadiah Kepada Murid Kehadiran Penuh


Pada 15hb November 2010, Puan Mahani selaku guru besar SK Kampung Baru berbesar hati menyampaikan hadiah kepada 11 orang murid SK Kampung Baru yang mempunyai rekod kehadiran penuh ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga tabiat yang baik itu menjadi contoh kepada murid-murid lain di SK Kampung Baru.

Penyampaian Sijil Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Darjah










Guru Besar SK Kampung Baru, Puan Mahani Abdul Rahim telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua darjah bagi sesi persekolahan 2010. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih diatas tanggungjawab dan komitmen yang telah diberikan oleh mereka semua.

Jumaat, 12 November 2010

Pemberian Beg PUZ 2010







Pihak PUZ telah memberikan sumbangan kelengkapan sekolah iaitu beg sekolah baru kepada murid-murid SK Kpg Baru yang layak menerimanya. Pemberian sumbangan PUZ ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kampung Baru, Puan Mahani Bt Abdul Rahim. Terima kasih diucapkan kepada pihak PUZ diatas sumbangan yang diberikan.

Hari Buku 1 Malaysia 9-11 November 2010






Hari Buku 1 Malaysia telah diadakan pada 9 November sehingga 11 November 2010. Semua murid terlibat dengan program ini.

Sukan Rakyat Peringkat Sekolah 2010




Sukan Rakyat telah diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 9 November sehingga 11 November. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu seperti bola sepak, bola jaring dan badminton. Semua guru terlibat dengan program ini. Terima kasih diucapkan diatas komitmen yang diberikan oleh semua guru.

Khamis, 11 November 2010

Keputusan UPSR 2010

Tahniah diucapkan kepada 10 orang murid yang mendapat 5A dan 5 orang mendapat 4A.



Isnin, 16 Ogos 2010

Hari Panitia Kajian Tempatan & Sivik






























Hari Panitia Kajian Tempatan & Sivik telah diadakan pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 12hb Ogos 2010 yang telah dirasmikan oleh Puan Zarina Bt Beeran, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kampung Baru.