JALAN BERJAYA, 14000 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG.
Welcome
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG
Rabu, 27 April 2011
Senamrobik Berirama
Rakaman aktiviti senamrobik berirama........................
KEJOHANAN MERENTAS DESA SKKB KALI KE-10



Pada 23 April 2011,warga Sekolah Kebangsaan Kg.Baru telah berpeluang menyertai Kejohanan Merentas Desa Kali ke-10 peringkat sekolah.Kejohanan tersebut terbuka kepada semua kategori bermula dari Pra-Sekolah sehingga tahun 6.
Sebelum murid-murid memulakan larian,murid-murid telah dihangatkan dengan aktiviti Senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Rifaei dibantu oleh semua guru.Syabas diucapkan kepada semua guru yang telah memberi kerjasama sepanjang kejohanan dijalankan.
Selasa, 26 April 2011
PASUKAN SOFTBALL SEK.KEB.KG.BARU
Penasihat : Tn.Hj.Abd.Aziz bin Hasan
Pengurus pasukan : En.Roslan bin Abu Hassan
Ketua Jurulatih : En.Mohd Rifaei bin Fadzil
Pen.Jurulatih 1 : En.Ahmad Borhan bin Kasim
Pen.Jurulatih 2 : Pn.Sari Nurulrita
Jumaat, 15 April 2011
BULAN PANITIA BAHASA MELAYU
CORETAN AKTIVITI BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 2011
TARIKH : 10 MAC 2011
TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN KG.BARU
DIRASMIKAN OLEH : GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KG.BARU
( EN.ABD.AZIZ BIN HASAN )
Khamis, 7 April 2011

SEKOLAH BERGANTI
SEMPENA CUTI PERAYAAN DEEPAVALI
TARIKH : 09 April 2011 ( SABTU )
MASA : 7.25 pagi hingga 1.05 petang
JADUAL WAKTU BELAJAR : Mengikut jadual waktu hari ISNIN
SEMPENA CUTI PERAYAAN DEEPAVALI
TARIKH : 09 April 2011 ( SABTU )
MASA : 7.25 pagi hingga 1.05 petang
JADUAL WAKTU BELAJAR : Mengikut jadual waktu hari ISNIN
Peringatan : Semua GURU dan MURID diwajidkan hadir dan murid diminta memaklumkan kepada ibubapa mengenai tempoh waktu persekolahan pada hari tersebut.
Penghargaan buat Guru Besar dan Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia


Pada Febuari yang lalu,Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran telah menyampaikan ucapan penghargaan khas buat Guru-guru Besar yang telah menjadikan sekolah mereka cemerlang di seluruh Malaysia.Warga SK KG.Baru turut tidak melepaskan peluang untuk mendengar ucapan beliau.Antara intipati ucapan beliau ialah,beliau berjanji akan memberi ganjaran serta insentif kepada beberapa orang Guru Besar yang terpilih berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan hasil daripada kerja kuat dari pihak pentadbiran dan juga semua guru.
Ucapan ini juga turut memberi semangat kepada guru-guru untuk terus berkhidmat dengan lebih efisyen dan komited.
Ahad, 13 Februari 2011
Detik Perpisahan Guru Besar SK.KG.Baru
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg.Baru Pn.Mahani Bt. Abdul Rahim akan mula bertugas ke Sekolah Kebangsaan Bukit Teh berkuatkuasa 7hb.Februari 2011 manakala Sekolah Kebangsaan Kg.Baru akan menerima khidmat Guru Besar yang baru iaitu Tn.Hj.Abd.Aziz Bin Hasan dari Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
Warga SKKB dengan ini mengucapkan Selamat Bertugas ke sekolah baru kepada Pn.Mahani Bt.Abdul Rahim dan Selamat Datang kepada Tn.Hj.Abd.Aziz bin Hasan.Semoga kedua-duanya akan terus meningkatkan prestasi sekolah masing-masing...............
Rabu, 19 Januari 2011
Mesyuarat Agung PIBG kali KE-34

Setalah berakhirnya sesi 2009/2010,barisan jawatankuasa PIBG sekali lagi akan dibubarkan untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012.Harapan pihak sekolah ialah agar mesyuarat kali ini akan mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang boleh terus bekerjasama dengan pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lalu.Pihak sekolah turut menyeru agar PIBG akan terus menjadi tonggak serta tulang belakang dalam membantu pengurusan sekolah serta guru untuk mendidik anak-anak ke arah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.
Diharap semua waris kepada anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg.Baru akan dapat hadir sebagai melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina,sekolah akan cuti bermula 31.1.2011 (Isnin) hingga 4.2.2011( Jumaat).Oleh kerana sekolah mula bercuti awal sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada tarikh 3.2.2011 ( Khamis ),guru serta murid-murid perlu mengantikan cuti tersebut dengan hadir ke sekolah ganti pada 22 Januari 2011( Sabtu) dan 19 Febuari 2011( Sabtu) nanti. Kehadiran adalah wajib..................................Sekian,dimaklumkan.
Langgan:
Catatan (Atom)

