Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Jumaat, 21 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 PERINGKAT SEKOLAH

















































Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 21hb Mei 2010 di padang sekolah. Berbagai acara telah diadakan iaitu seperti pertandingan kukur kelapa, tuju tin, keting-ting, lompat getah, tarik tali dan lastik getah. semua murid berpeluang bermain semua permainan yang telah dijalankan.
Acara guru turut dijalankan bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini iaitu seperti pertandingan kupas dan kukur kelapa, baling belon air dan bawa lilin. Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang melibatkan diri di dalam sambutan Hari Guru 2010 peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Baru ini.

Sesi Fotografi Sempena Sambutan Hari Guru 2010










Satu sesi fotografi murid-murid SK Kampung Baru bersama-sama Guru Besar, PK Kanan, PK HEM, PK Kokurikulum dan guru kelas telah diadakan pada 13hb Mei 2010 bertempat di perkarangan Sekolah Kpg Baru.

Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan

Tahniah kepada kelas 1 Bestari kerana memenangi Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan dalam katagori Bulanan.

Pertandingan Sofbol Peringkat Pulau Pinang 2010

Tahniah kepada pasukan sofbol lelaki SK Kampung Baru kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan Sofbol peringkat Negeri Pulau Pinang. Syabas diucapkan kepada semua jurulatih pasukan sofbol - Cikgu Rifaie, Cikgu Ahmad Borhan dan Cikgu Sari Nurulrita.

Rabu, 5 Mei 2010

Hari Panitia Bahasa Inggeris

Hari Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan pada 5 Mei 2010 ( Rabu ) yang dirasmikan oleh Puan Zarina Bt Beeran, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kampung Baru.

Selasa, 4 Mei 2010

Hari Panitia Pendidikan Moral Dan Agama Islam






Pada 4 Mei 2010 telah diadakan Hari Pendidikan Moral dan Agama Islam yang dianjurkan oleh Panitia Moral & Pendidikan Islam. berbagai acara menarik telah diadakan pada hari ini iaitu bagi Pendidikan Moral, telah diadakan kuiz, pertandingan mewarna, persembahan pantun dan lakonan manakala Pendidikan Islam pula telah mengadakan pertandingan khat, azan, membaca jawi, mewarna dan menulis jawi. Hari Panitia Pendidikan Moral dan Agama Islam telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik darpada kalangan Warga SK Kampung Baru.

Khamis, 29 April 2010

Minggu Panitia Bahasa Melayu Peringkat Sekolah 2010

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 29hb April sehingga 30hb April 2010. Berbagai acara pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam murid-murid SK Kampung Baru.

Khamis, 1 April 2010

Bengkel Bahasa Malaysia I





Bengkel Bahasa Malaysia telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6 dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. Tujuan bengkel Bahsa Malaysia ini diadakan adalah untuk mengatasi kelemahan murid di dalam kertas 1 dan 2 Bahasa Malaysia.