Silalah Tatap Lensa Aktiviti Sepanjang Januari dan Februari 2010..... - Hari Orientasi Sesi 2010 - Gotong-royong I - Hari Merentas Desa SKKB ( 6 Feb 2010 ) Pihak admin akan berusaha untuk mengemaskini info aktiviti sepanjang tahun 2010 ini sekerap yang mungkin... Diharap semua warga sekolah samada guru dan murid sudi melayari laman ini dan memberikan catatan informasi dan pandangan... Terima kasih..
Sambutan Hari Guru SK Kampung diadakan sekali dengan Hari Keusahawanan pada 26hb Mei 2009 ( Selasa ). Berbagai-bagai acara telah diadakan iaitu acara - acara untuk murid seperti sukaneka dan persembahan khas daripada murid-murid SK Kampung Baru. Acara guru seperti bertukar-tukar hadiah sesama guru dan nyanyian. SELAMAT HARI GURU BUAT GURU BESAR, PUAN MAHANI ABDUL RAHIM & SEMUA WARGA PENDIDIK SK KAMPUNG BARU!
Minggu Matematik anjuran Panitia Matematik SK Kampung Baru telah diadakan pada 11hb Mei sehingga 15hb Mei 2009. Pelbagai bentuk pertandingan telah diadakan seperti kuiz Matematik yang melibatkan semua kelas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Minggu Matematik 2009 diadakan pada perhimpunan pagi hari Jumaat (15hb Mei 2009).