Welcome

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU,JALAN BERJAYA 14000,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG

Sabtu, 20 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 Sesi 2010/2011







Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 telah diadakan pada 20 Februari 2010 (Sabtu) , pukul 4.00 petang bertempat di Kantin SK Kampung Baru. Mesyuarat ini dihadiri kira-kira 42 orang ibubapa termasuk 21 orang guru. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Aizudin ( pegawai atasan unit kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Tengah ). Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian beliau untuk hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-33 ini.

Jumaat, 19 Februari 2010

Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pihak SK Kampung Baru menjemput semua ibubapa, waris dan penjaga ke Mesyuarat Agung PIBG 2010 pada 29 Februari 2010 (Sabtu) pada pukul 4.00 petang bertempat di Kantin SK Kampung Baru. Kedatangan anda adalah penting untuk kemajuan akademik dan kebajikan anak anda serta kemajuan sekolah. Sekian. Terima kasih. - Admin-

Latihan Kebakaran 1














Pada 19 Februari 2010 ( Jumaat), satu latihan kebakaran yang melibatkan semua murid dan guru telah diadakan pada pukul 11.00 pagi. Latihan berjalan baik dan lancar namun begitu PK Hem telah membuat teguran mengenai cara murid berkumpul ke padang. Beliau mahu semua murid tidak bersembang-sembang semasa menuju ke padang sekolah ( tempat berkumpul semasa kecemasan ). Puan Mahani selaku Guru Besar juga mahu murid-murid yang disembunyikan untuk latihan kebakaran ini sepatutnya dicari oleh guru-guru kelas yang terlibat. Beliau mahu latihan kebakaran dijalankan sekali lagi. Kali kedua latihan kebakaran berjalan dengan lancar dan kurang daripada 4 minit...sampai murid prasekolah berkaki ayam berlari ke padang. Cikgu pula lupa ambil gambar...Hahahaha :)

Spech and cultural festival songkla Tailand 5-7.2.10.

Pegawai, guru pengiring dan pelajar dari .P.Pinang.
Sambutan slmt dtg dari pihak tuan rumah
perhimpunan pagi dan bacaan doa.
Guru dan pelajar di tapak perhimpunan
Bersama pengarah pend.P.Pinang.Tn Hj Ibrahim.
Di lobi Vista Hotel sebelum bertolak.

Pelajar dari P. Pinang membuat persembahan.
Persembahan Rambong dari Pelajar Thailand.


Pelajar tahun 6.dari Thai.

Di bilik persiapan
3 arah membaca doa

Majlis perasmian dari 9 daerah utama Thiland
Lokasi sekolah Winchiancoon School
Tapak permainan
Majlis perasmian
Lokasi kepala naga ditemui


Pintu masuk sekolah

Haatnyai Hill

Pada 3-5hb Februari 2010 yang lepas, Cikgu Abu Hassan (Guru Penasihat Kelab Tunas Budaya SKKB) mengiringi peserta SK Minden Height ke Festival Tarian di Songkla, Thailand. Pihak admin berbesar hati ingin berkongsi pengalaman beliau bersama-sama warga SK Kampung Baru melalui lensa beliau di sana...